Tuesday, February 22, 2011

KEJOHANAN LUMBA BASIKAL GP KEBANGSAAN SIRKIT 1


Mohamad Noordin (dua, kanan) dan Ahmad Zaini (kanan) menunjukkan risalah laluan akan digunakan sempena Kejohanan Lumba Basikal GP Kebangsaan Sirkit 1.

200 Pelumba sertai sirkit Berbasikal

JAGUH lumba basikal negara, Annuar Manan antara 20 perlumba basikal profesional yang mengesahkan penyertaan dalam Kejohonan Lumba Basikal GP Kebangsaan Sirkit 1 anjuran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Rantau Panjang, 26 Februari ini.

Sirkit pertama mendapat kerjasama Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan Darul Naim (PBNKD) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan bakal menyaksikan seramai 200 pelumba basikal daripada seluruh negara akan mengambil kejohanan itu.

Presiden PBNKD, Ahmad Zaini Mohd Zain berkata, bagi sirkit pertama ini sebanyak tiga kategori dipertandingkan, Lelaki Elit, Terbuka Wanita dan Remaja Bawah 18 Tahun.

"Upacara pelepasan perlumbaan akan disempurnakan Pengerusi MSN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bermula di perkarangan Masjid Beijing, Rantau Panjang melalui beberapa kampung di Jajahan itu dengan jarak kayuhan 146 kilometer sebelum berakhir di tempat permulaan," katanya pada sidang media Mesyuarat Pengelola Kejohanan Lumba Basikal GP Kebangsaan Sirkit 1 2011 di MSN Telipot di sini, semalam.

"Setakat ini, hanya dua negeri Melaka dan Selangor belum mengesahkan penyertaan. Menarik, kejohanan kali ini bakal disertai pasukan pelumba profesional, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG), selain ATM. Terengganu di jangka menghantar dua pasukan, pelapis negeri dan TSG.

"Bagi Kategori Lelaki Elit, pelumba akan melakukan kayuhan sebanyak empat pusingan dengan setiap pusingan membabitkan jarak 36.6 kilometer, sementara kategori Terbuka Wanita dan Remaja Bawah 18 Tahun akan melakukan kayuhan tiga pusingan," katanya.

Sementara itu, Pengarah MSN Kelantan, Mohamad Noordin Awang berkata, pemilihan Rantau Panjang sebagai lokasi pertama sirkit dibuat bertujuan memperkenalkan jajahan ini sebagai antara pusat pelancongan menarik.

"Memandangkan perlumbaan ini diadakan pada hari Sabtu, saya memohon kerjasama orang ramai supaya menggunakan laluan lain untuk ke pekan Rantau Panjang," katanya.

Sumber Sinar Harian - 22 Februari 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...