Wednesday, December 12, 2012

XPDC Saintifik Tasik Pergau 8-14 Dis 2012

Kayuhan XPDC ini adalah anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bersama Kerajaan Negeri Kelantan. Seramai 30 orang rider telah menyertai kayuhan ini.

Tuesday, December 11, 2012

Kayuh Lasak X Rated 2012 - Penang

 
2 Disember 2012 - Kayuh Lasak Penang bermula di Yourth Park, Georgetown. Hampir 1,500 rider dari seluruh negeri menyertai Jamboree Xrated ini, Kelab MET juga tidak melepaskan peluang ini. 

Monday, October 15, 2012

Kayuhan Cergas Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 2012

 
13 Oktober 2012 - Kayuhan yang bermula di Pejabat kesihatan Daerah Pasir Mas telah disertai oleh hampir 200 orang rider. Kayuhan sejauh 30KM ini telah berakhir di PKG (Pusat Kegiatan Guru) Mekasar, Pasir Mas, Kelantan. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya Denggi.

Sunday, October 7, 2012

HARDROCK JELI RIDE 2012


 
29 September 2012 - Pagi ini hampir 500 orang rider berkumpul di Kampus UMK Jeli Kelantan. Ianya merupakan acara rasmi bagi sambutan pesta konvo ke-2 UMK. Penyertaan kali ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya kategori Terbuka, IPT, dan juga Veteren. Jauh kayuhan 50Km. Jutaan terima kasih diberikan kepada penganjur UMK diatas sistem keselamatan yang terbaik telah diberikan sepanjang jamboree

Tuesday, September 11, 2012

KAYUHAN PERSIAPAN UNTUK JELI JAMBOREE 2012


7 September 2012 - Kayuhan pada pagi ini lebih kepada kayuhan persediaan bagi menghadapi Jeli Jamboree 2012, yang bakal disertai rider pada 29 September 2012 nanti. Hampir 30 orang rider telahpun turun pada pagi ini menyahut cabaran tersebut. Kayuhan yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah ditamatkan pada 11.30 pagi setelah membuat kayuhan sejauh 30KM.

Thursday, September 6, 2012

KAYUHAN MERDEKA - Mahligai Trail

 
 31 OGOS 2012 - Merdeka! Merdeka! Kayuhan pagi ni telah disertai oleh hampir 15 orang rider. Ramai muka2 baru yang menyertai kayuhan pada pagi ini, setelah sebulan berpuasa kayuhan ini merupakan kayuhan permulaan syawal. Banyak laluan yang terpaksa kami 'shortcut' sbb ada rider yang kepenatan. Kayuhan yang bermula pada 8.30 pagi telah diselesaikan pukul 11.30 pagi sejauh 21KM.

Sunday, July 15, 2012

KAYUHAN LESTARI MENUJU PUNCAK 2012


 
30 JUN - 1 JULAI 2012 Program kayuhan yang mana melibatkan tiga universiti, Universiti Sains Malaysia induk Penang, USM Kubang Kerian dan USM Nibong Tebal. Bagi Kampus kesihatan Kubang Kerian kayuhan bermula di KK => Melor => Ketereh => Batu Gajah => Tasek Banding. Semua rider dari tiga universiti akan bertemu di Tasek Banding, Perak.

Tuesday, April 24, 2012

FOX CAVE MTB CHALLENGE - GUA MUSANG

 
21 APRIL 2012 - Bersempena Hari Polis ke 205, IPD Gua Musang telah menganjurkan sukan berbasikal MTB. Kayuhan yang bermula di Pusat Sivik Gua Musang, sejauh 45KM yang mana meliputi 30% on road dan 70% off road.

Saturday, April 21, 2012

RIADAH BERBASIKAL BERSAMA DATO' SUK KELANTAN


 
Kayuhan bersama Dato' SUK telah disertai oleh rider hampir 600 orang. Kayuhan yang melibatkan berbagai jenis basikal antaranya road bike, fixie, mtb dan juga basikal jepun. Kayuhan telah dimulakan pada pukul 9.00 pagi telah selesai pukul 10.30pagi sejauh 10KM. 

Sunday, April 1, 2012

Program Kayuhan Muhibbah Thai-Malay


 
31 Mac 2012 - Program Kayuhan Muhibah Antara 2 Negara Serumpun - Malaysia & Thailand bermula di Hospital Sg Golok dan telah berakhir dengan jayanya di Sekolah Menengah Rantau Panjang.

Anjuran ini adalah hasil usahasama Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kelantan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Jabatan Kesihatan Narathiwat dengan kerjasama Persatuan Geraksihat Daerah Pasir Mas (GERSIH) dan Persatuan Kecergasan Negeri Kelantan.

Hampir 500 orang rider antara kedua-dua negara telah menyertai kayuhan ini sejauh 73KM. Laluan kayuhan yang meliputi Hospital Sg. Golok -> Waeng -> Bukit Tar -> Bukit Bunga -> Rantau Panjang. Program telah berakhir pada 4.30 petang.

Majlis penutup Program Kayuhan Muhibbah Malaysia-Thailand 2012, telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdullah Mat Yasim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Parlimen Rantau Panjang, di SMK Rantau Panjang.

Saturday, March 10, 2012

CYCLING FOR BETTER HEALTH - USM KELANTAN


 
Dengan tema "CYCLING FOR BETTER HEALTH" USM cawangan kelantan telah menganjurkan program berbasikal sempena hari Warga Kampus USM. Kayuhan yang diadakan julung2 kali ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi warga kampus dengan masyarakat setempat. Hampir 200 orang rider telah mengambil bahagian dalam program ini. Selain daripada pengayuh tegar ianya juga disertai oleh pelajar sekolah, IPTA dan juga swasta. Kayuhan yang bermula pada pukul 9.30 pagi telah berakhir pada pukul 12.00 tenghari sejauh 25KM.

Saturday, March 3, 2012

Kayuhan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 - BML Trail


 
Bersempena dengan tahun melawat negeri Kelantan 2012, MET rider kali ini masih mengekalkan kayuhan di BML trail. Hampir 15 orang rider telah keluar menyertai kayuhan pada pagi ini. Walaupun trek BML masih lagi basah disebabkan hujan pada malam tadi semua itu tidak menjadi halangan pada MET rider.. BML still the BEST trail!!!!

Friday, February 24, 2012

KAYUH JANGAN TAK KAYUH - BML TRAIL


 
Hampir 30 orang rider pagi ini telah turun bagi membuat kayuhan rutin hari Jumaat. Seperti biasa kayuhan bermula pukul 8.30 pagi. Jauh kayuhan kali ini hampir 40KM dan telah berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Friday, February 17, 2012

Lagi lagi kayuh di BML


 
Pagi ini hampir 20 orang rider berkumpul di Port Mahligai untuk memulakan kayuhan rutin. Tepat pukul 8.30 pagi kayuhan telah dimulakan. Jarak kayuhan hampir 30KM telah ditamatkan pada pukul 11.30pagi.

Sunday, February 12, 2012

Kayuhan rutin BML - 10 Februari 2012


 
Kayuhan rutin Jumaat bermula seperti biasa. Telah disertai oleh hampri 15 orang rider. Bermula pukul 8.30 pagi dan telah berakhir pada pukul 11.30pagi sejauh 30KM.

Friday, February 3, 2012

Kayuhan BML ~ Maulidur Rasul

Lama betul Blog MET tidak di "update" namun begitu tidak bermakna kayuhan BML terhenti. Kayuhan rutin tetap berjalan setiap pagi Jumaat. Ini semua berlaku kerana Kamera WM mengalami masalah teknikal. Kayuhan yang bermula setiap 8.30 pagi kali ini telah disertai oleh hampir 20 orang rider, jauh kayuhan 28KM telah ditamatkan pada pukul 11.00 pagi. Semua gambar ihsan dari rakan FB Mahligai Extreme Team.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...