Thursday, September 26, 2013

JAMBORI BERBASIKAL INTERNATIONAL HARD ROCK JELI RIDE 2013


Jamboree Berbasikal – International Hard Rock Jeli Ride 2013 membabitkan jarak kayuhan sejauh 42 kilometer di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, Kelantan, pada 16 september 2013.

Jambori ini adalah anjuran UMK Mountain Bike Club (UMKMTB CLUB), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (JPPNK) dan Tourism Malaysia Negeri Kelantan.

Jambore itu menarik perhatian kelab - kelab basikal bukit tempatan dan juga Thailand, Singapura dan Brunei Darul Salam.

UMK dan Tourism Malaysia Negeri Kelantan telah bersetuju menjadikan acara itu sebagai aktiviti utama dalam kalendar tahunan di kampus universiti. 



Tuesday, July 2, 2013

USM MINI JAMBOREE PENANG


29 Jun 2013 - Kelab Cycling Through Life bersama Pusat Sukan & Rekreasi USM dan Dreamwerkz Cycles menganjurkan 'USM MINI JAMBOREE' dan ianya merupakan program julung kali diadakan. Jamboree adalah sama seperti jamboree yang diadakan diserata negeri. Jarak kayuhan sejauh 30km dan meliputi trail 'downhill' dan 'uphill' yang mencabar.

Wednesday, June 5, 2013

JAMBOREE KEMAMAN 2013

1 JUN 2013 - Penganjuran Jamboree Kemaman  2013 oleh Jasin Bikerz dan kerjasama Polis Daerah Kemaman telah disertai oleh hampir 1,000 orang rider dari dalam dan luar negara. Antaranya rider dari Kanada dan Indonesia. Flag off rider telah dilakukan di Padang Taman Bandar Kemaman pada pukul 8.15pagi oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu. Kayuhan atas trek road dan off road 45km secara kesuluruhannya. Bermula daripada padang Astaka Bandar Cukai Kemaman melalui Jalan Air Putih menuju ke Kolej Teknik memasuki jalan Off Road sehingga bertemu Kampung Padang Limau Ibok seterusnya menghala ke Bukit Takal dan memasuki jalan Off Road di paip gas petronas menuju ke Pasir Minal dan seterusnya penamat di padang Astaka semula. 

Thursday, April 4, 2013

KAYUHAN MUHIBBAH
MALAYSIA - THAILAND 2013




30 Mac 2013 - Program kayuhan Muhibbah selama 2 hari di antara negara Malaysia dan negara Thailand telah pun berakhir semalam. Kayuhan bermula di Rantau Panjang dan berakhir di Hospital Lati Pasir Mas. Kayuhann bersambung pada hari esoknya ke MRSM Tumpat. Hampir 200 rider telah menyertai kayuhan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...