Friday, July 2, 2010

LA Hot Spring - MTB dan riadah bersama Keluarga

Kayuhan pagi ini beralih ke LA HOT SPRING, Kampung La, Jertih. Petang Khamis, lebih kurang 7.00 petang raider bertolak ke LA HOT SPRING untuk bermalam di sana. Rancangan kayuhan ini pada mulanya telah disuarakan oleh WAN ASMERA TM untuk beberapa orang sahaja, namun begitu setelah rancangan ini dipanjangkan kepada ahli-ahli MET yang lain, sambutan dan cabaran kayuhan tetap disahut raider.

Selain dari dapat menikmati keindahan alam tempat berkayuh, kayuhan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim, kerjasama dan persefahaman antara keluarga raider. Terima kasih kepada semua ahli keluarga raider yang terlibat dan yang telah menjayakan kayuhan pada pagi ini...


Berhenti seketika bagi menunaikan solat maghrib di Masjid Jertih




lebih kurang pukul 10.30 malam kami sampai di LA HOT SPRING...




Pak Su sedang mendirikan khemah...


penyediaan BBQ yang agak lewat malam tapi begitu menyeronokkan hati kami semua..



kerjasama dan persefahaman antara kaum ibu begitu jelas terjalin..

















semua chalet untuk kaum ibu sahaja... bapak2 raider tidur dalam khemah dan dalam buaian....












Kayuhan telah dimulakan pukul 8.30 pagi, disertai oleh hampir 15 orang raider. Kayuhan sejauh hampir 15KM telah diselesaikan pukul 11.00 pagi.





















Kaum ibu sedang menyediakan makan tengahari untuk bapak2 raider


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...