Thursday, March 4, 2010

ZIARAH DAN TAHNIAH

TAHNIAH.. !!!
diucapkan kepada Nik Adli Nik Abdullah (Timbalan Pengerusi MET) kerana mendapat rezeki yang tak ternilai pada tahun ni, tahniah.. di atas kelahiran anak yang kelima... Kunjungan Timbalan Setiausaha MET malam tadi memberi satu penghormatan yang amat besar buat beliau sekeluarga. Semua Ahli MET mengucapkan tahniah dan semoga akan bertambah lagi di tahun-tahun akan datang.


Cenderahati dari Ahli MET untuk Timbalan Pengerusi, hadiah disampaikan oleh Che Seman Yaacob (Timbalan Setiausaha MET)

REDHA DAN SABAR..
Ziarah pada malam tadi tidak berakhir setakat di rumah Timbalan Pengerusi saja, malah dipanjangkan ke rumah Abe Din yang mana pada baru-baru ini beliau telah mendapat kecelakaan semasa berkayuh bersama Ahli MET yang lain. Kesihatan Abe Din semakin bertambah baik dan beliau masih lagi mengikuti pemeriksaan yang disyorkan oleh pihak hospital.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...