Saturday, January 29, 2011

Program Kayuhan Sihat 2011 - Peringkat Daerah Pasir Mas

Pembukaan Program kayuhan (Jom Kayuh) bagi tahun 2011 telah dimulakan di PKD Pasir Mas pagi tadi. Pelancaran Penyempurnaan telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Y. Brs Dr. Jeriah bt. Ismail. Seramai hampir 300 orang rider telah menyertai program kayuhan pada kali ini, apa yang pasti MET rider juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan kayuhan pagi tadi.

Objektif kayuhan antara lainnya adalah untuk memberi peringatan kepada penduduk tempatan tentang pembasmian awal nyamuk aedes. Kayuhan yang bermula pada pukul 9.00 pagi di PKD Pasir Mas dan telah berakhir di Rantau Panjang pada pukul 11.30pagi.


































Friday, January 28, 2011

Lagi Kayuhan Persediaan BML Trail

Persediaan yang dilakukan oleh MET rider semakin hari semakin mantap. Kayuhan yang bakal disertai oleh MET rider pada 27 Februari nanti semakin dekat, untuk itu setiap rider tidak mahu apa-apa masalah timbul di masa Jamboree nanti. Segala persediaan baik pada diri dan MTB semuanya diambil kira.

Kayuhan pagi ini telah disertai oleh 45 orang rider telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan telah ditamatkan pada 12.00 tenghari dengan jayanya.




































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...