Tuesday, December 6, 2011

Kayuh Lasak 2011 Penang - "KAW RIDE"

Ahad, 04 Dis - Kayuh Lasak.... merupakan salah satu acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat2 MTB di Malaysia. Untuk itu Kelab MET tidak pernah ketinggalan mengikuti acara ini di setiap penghujung tahun. Pendaftaran online dibuka hanya bertahan selama 2 jam kemudian ditutup oleh pihak penganjur.. ini kerana permintaan untuk menyertai kayuh lasak terlampau ramai. Tema kayuh lasak pada tahun ini ialah 'KAW RIDE'....dan sememangnya KAW...ho-liau kata bahasa mandarin...

Perjalanan MET rider bermula sehari sebelum kayuhan dari Kota Bharu ke Penang.. berlepas dari Kota Bharu pukul 10.30 pagi dan telah sampai ke Penang dah lewat petang.

Kayuh lasak kali ini memang berbeza dari tahun2 sebelumnya.. betul2 mencabar ketahanan fizikal dan mental.. apa-apa pun enjoy gambar2 yang sempat di snap dan diambil dari facebook rakan2..
































Saturday, November 26, 2011

Kayuhan Mesra bersama Mydin

Kayuhan Mesra pagi tadi telah disertai oleh hampir 200 orang rider. Kayuhan bermula di hadapan Mydin Kubang kerian terus ke Pantai Sabak > Airport > Jalan Pengkalan Chepa > Jalan dusun Muda > Jalan Sultan Yahya Petra kembali ke Kubang Kerian. Jauh Kayuhan 40KM. Anjuran Pasaraya Mydin dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Kelantan.










Saturday, November 19, 2011

Kayuhan stamina di BML>BB>Agrosso>Bkt Merbau

18 Nov 2011 - Kayuhan rutin BML seperti juga di pagi Jumaat yang lepas ianya tetap diteruskan. Kayuhan yang disertai oleh hampir 30 orang rider kali ini telah melalui BB > Agrosso > Bukit Merbau dan kembali ke Port. Kayuhan sejauh 30KM telah ditamatkan pada pukul 12.00 tenghari.

(Maaf gambar kurang elok sbb disnap menggunakan Hset)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...