Thursday, September 26, 2013

JAMBORI BERBASIKAL INTERNATIONAL HARD ROCK JELI RIDE 2013


Jamboree Berbasikal – International Hard Rock Jeli Ride 2013 membabitkan jarak kayuhan sejauh 42 kilometer di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, Kelantan, pada 16 september 2013.

Jambori ini adalah anjuran UMK Mountain Bike Club (UMKMTB CLUB), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (JPPNK) dan Tourism Malaysia Negeri Kelantan.

Jambore itu menarik perhatian kelab - kelab basikal bukit tempatan dan juga Thailand, Singapura dan Brunei Darul Salam.

UMK dan Tourism Malaysia Negeri Kelantan telah bersetuju menjadikan acara itu sebagai aktiviti utama dalam kalendar tahunan di kampus universiti. 



Tuesday, July 2, 2013

USM MINI JAMBOREE PENANG


29 Jun 2013 - Kelab Cycling Through Life bersama Pusat Sukan & Rekreasi USM dan Dreamwerkz Cycles menganjurkan 'USM MINI JAMBOREE' dan ianya merupakan program julung kali diadakan. Jamboree adalah sama seperti jamboree yang diadakan diserata negeri. Jarak kayuhan sejauh 30km dan meliputi trail 'downhill' dan 'uphill' yang mencabar.

Wednesday, June 5, 2013

JAMBOREE KEMAMAN 2013

1 JUN 2013 - Penganjuran Jamboree Kemaman  2013 oleh Jasin Bikerz dan kerjasama Polis Daerah Kemaman telah disertai oleh hampir 1,000 orang rider dari dalam dan luar negara. Antaranya rider dari Kanada dan Indonesia. Flag off rider telah dilakukan di Padang Taman Bandar Kemaman pada pukul 8.15pagi oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu. Kayuhan atas trek road dan off road 45km secara kesuluruhannya. Bermula daripada padang Astaka Bandar Cukai Kemaman melalui Jalan Air Putih menuju ke Kolej Teknik memasuki jalan Off Road sehingga bertemu Kampung Padang Limau Ibok seterusnya menghala ke Bukit Takal dan memasuki jalan Off Road di paip gas petronas menuju ke Pasir Minal dan seterusnya penamat di padang Astaka semula. 

Thursday, April 4, 2013

KAYUHAN MUHIBBAH
MALAYSIA - THAILAND 2013




30 Mac 2013 - Program kayuhan Muhibbah selama 2 hari di antara negara Malaysia dan negara Thailand telah pun berakhir semalam. Kayuhan bermula di Rantau Panjang dan berakhir di Hospital Lati Pasir Mas. Kayuhann bersambung pada hari esoknya ke MRSM Tumpat. Hampir 200 rider telah menyertai kayuhan ini.

Wednesday, December 12, 2012

XPDC Saintifik Tasik Pergau 8-14 Dis 2012

Kayuhan XPDC ini adalah anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bersama Kerajaan Negeri Kelantan. Seramai 30 orang rider telah menyertai kayuhan ini.

Tuesday, December 11, 2012

Kayuh Lasak X Rated 2012 - Penang

 
2 Disember 2012 - Kayuh Lasak Penang bermula di Yourth Park, Georgetown. Hampir 1,500 rider dari seluruh negeri menyertai Jamboree Xrated ini, Kelab MET juga tidak melepaskan peluang ini. 

Monday, October 15, 2012

Kayuhan Cergas Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 2012

 
13 Oktober 2012 - Kayuhan yang bermula di Pejabat kesihatan Daerah Pasir Mas telah disertai oleh hampir 200 orang rider. Kayuhan sejauh 30KM ini telah berakhir di PKG (Pusat Kegiatan Guru) Mekasar, Pasir Mas, Kelantan. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya Denggi.

Sunday, October 7, 2012

HARDROCK JELI RIDE 2012


 
29 September 2012 - Pagi ini hampir 500 orang rider berkumpul di Kampus UMK Jeli Kelantan. Ianya merupakan acara rasmi bagi sambutan pesta konvo ke-2 UMK. Penyertaan kali ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya kategori Terbuka, IPT, dan juga Veteren. Jauh kayuhan 50Km. Jutaan terima kasih diberikan kepada penganjur UMK diatas sistem keselamatan yang terbaik telah diberikan sepanjang jamboree

Tuesday, September 11, 2012

KAYUHAN PERSIAPAN UNTUK JELI JAMBOREE 2012


7 September 2012 - Kayuhan pada pagi ini lebih kepada kayuhan persediaan bagi menghadapi Jeli Jamboree 2012, yang bakal disertai rider pada 29 September 2012 nanti. Hampir 30 orang rider telahpun turun pada pagi ini menyahut cabaran tersebut. Kayuhan yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah ditamatkan pada 11.30 pagi setelah membuat kayuhan sejauh 30KM.

Thursday, September 6, 2012

KAYUHAN MERDEKA - Mahligai Trail

 
 31 OGOS 2012 - Merdeka! Merdeka! Kayuhan pagi ni telah disertai oleh hampir 15 orang rider. Ramai muka2 baru yang menyertai kayuhan pada pagi ini, setelah sebulan berpuasa kayuhan ini merupakan kayuhan permulaan syawal. Banyak laluan yang terpaksa kami 'shortcut' sbb ada rider yang kepenatan. Kayuhan yang bermula pada 8.30 pagi telah diselesaikan pukul 11.30 pagi sejauh 21KM.

Sunday, July 15, 2012

KAYUHAN LESTARI MENUJU PUNCAK 2012


 
30 JUN - 1 JULAI 2012 Program kayuhan yang mana melibatkan tiga universiti, Universiti Sains Malaysia induk Penang, USM Kubang Kerian dan USM Nibong Tebal. Bagi Kampus kesihatan Kubang Kerian kayuhan bermula di KK => Melor => Ketereh => Batu Gajah => Tasek Banding. Semua rider dari tiga universiti akan bertemu di Tasek Banding, Perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...